Monday 20 October 2014

Posted by Unknown On Monday, October 20, 2014

Selama dalam dunia supplement dan penjagaan kesihatan ni, banyak cerita menarik yang mampu memberi senyuman dan tak kurang juga mampu menggugah jiwa bila dikongsikan.

KISAH ANAK & IBU

Beberapa hari lepas ada seorang lelaki PM saya bertanyakan tentang supplement khas untuk ibunya yang telah berusia dan kini tidak mampu untuk berdiri, bergerak dan berjalan dengan baik akibat sakit lutut dan saraf kaki khasnya.

Pertanyaan itu datang setelah ia membaca post saya di sini, yang menceritakan bagaimana seorang anak lelaki sepertinya memberikan supplement terbaik buat ibunya yang juga mengalami sakit saraf yang agak kronik. 

Setelah bertahun berikhtiar, akhirnya dengan Shaklee, ibunya kini hampir pulih sepenuhnya.

Yang mengujakan saya, lelaki yang PM saya ini berbeza. Beliau masih bergelar pelajar di sebuah IPT di negara ini. 

Walaupun jumlah pembelian supplement tidaklah semahal mana, namun kemampuan dari segi kewangan pasti menjadi kekangan utamanya, fikir saya. Kita juga pernah menjadi pelajar, tentu sahaja kita memahami dilema seperti ini.

Tekaan saya sama sekali tidak mengena. Katanya,"Ustaz, hujung bulan ni saya ambil dari ustaz ye. Masuk gaji nanti, terus saya order dengan ustaz".

Terpempan saya mendengarnya. Ternyata beliau seorang yang berdikari.


Jarang ditemukan anak Melayu yang mahu belajar sambil bekerja untuk menyara hidup sendiri tanpa bergantung sebahagiannya kepada PTPTN dan sebahagian lagi bergantung kepada akaun ibu bapa.

Sifat bertanggungjawab dan berdikari benar-benar menjadikan seseorang berfikiran matang dan berpandangan jauh.

Sempat saya memuji sifatnya itu yang mengambil berat tentang sakit ibunya walaupun baru beberapa bulan sahaja menunjukkan kesannya.

* Kebiasaan penyakit saraf hanya menunjukkan 'rupanya' setelah sampai ke peringkat kronik.

Katanya lagi,"Asalkan ibu sihat ustaz, kalau sakit begini, walaupun ibu tersenyum tetap terasa pahitnya dan rumah pun sudah hilang serinya".

Sambil menaip saya tersenyum. Alangkah mulia seorang ibu yang telah memuliakan anaknya dengan didikan yang baik. 

Kemuliaan itu terzahir dari sikap ibu dan anak ini. Saling membahagiakan antara satu sama lain walau keadaan seolah-olah tidak mengizinkannya. Itulah bisik hati kecil saya.

Sebelum menamatkan perbualan, saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana menjadi anak yang tidak 'berkira' dengan ibunya dan tahniah juga untuk ibu kerana menjadi ibu mithali buat anaknya.

Sempat saya selitkan sedikit dorongan buatnya kerana berjaya menjaga ibu bapanya di akhir usia mereka tanpa sedikit pun halangan. Allah telah lorongkan jalan yang baik. Laluilah dengan redha dan sabar kerana pasti ada keberuntungannya.

Saya doakan kebahagiaan dan kesihatan yang baik buat keduanya dari kejauhan.

#

Kisah seperti ini tidak banyak sebenarnya. Kisah anak yang sangat ambil berat kepada kedua orang tuanya. Bagaimana si anak sediakan bajet bulanan untuk kesihatan ibu ayahnya sedangkan dia sendiri kurang berkemampuan dan seumpamanya.

Ramai yang masih berkira even kepada ibu bapa sendiri. Dirasakan mahalnya supplement yang biasanya harga puluhan ringgit tapi dirasakan murah pula handbag berjenama dengan harga ribuan ringgit.

Tiada niat di hati mahu menyinggung rasa atau hati sesiapa tapi hanya melontarkan sedikit kesedaran buat minda untuk memikirkannya.

Dirasakan mahalnya supplement tapi tidak dirasakan bahawa sihat dan senyum bahagia itu lebih mahal daripada segalanya, bahkan tidak ternilai anugerahnya.

Tahu tak bahawa ibu bapa yang telah berumur ingin sekali untuk sentiasa sihat. Jika boleh, mereka tak nak menyusahkan anak-anak atau merisaukan mereka. Tapi apakan daya, umur sebegitu, pasti ada sakit pening yang terpaksa ditanggung.

Alangkah baiknya jika kita faham tentang hal ini dan memberikan kepada mereka apa yang mereka perlu daripada memberikan apa yang kita mahu.


Ramai jutawan yang sempat saya berkenalan dengan mereka menjadi jutawan dengan sebab menjaga kedua orang tuanya.

Jangan ditanya apa yang belum mereka berikan untuk ibu bapanya, semua yang dipinta dan belum dipinta disanggupinya.

Elakkan sikap 'berkira' dengan ibu bapa sendiri kerana sesungguhnya rezeki anda walau sedikit atau banyak, semuanya kerana hasil doa dan keberkatan seorang yang bergelar ibu dan bapa!

Jika mereka sihat dengan asbab ikhtiar kita, bukankah lebih banyak rezeki akan datang selepas itu?!

Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Moga ia memeberi inspirasi dan kesan besar kepada hidup kita semua.

Mohd Taufiq
019-2486694
Motivator Kejayaan & Kesihatan
WAFIQ EMPIRE

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...