Friday 11 October 2013

Posted by Unknown On Friday, October 11, 2013

Assalamualaikum semua.
Hari ni nak cerita tentang saham. Bukan sebarangan tau. Ini saham rokok yang tak pernah mengalami zaman kejatuhan nilainya. Jika diletakkan di papan bursa saham utama negara, mungkin inilah saham terbaik yang akan dipilih oleh para pelabur melebihi saham gas & oil kerana cirinya yang kebal dari kompilasi ekonomi dunia.

Pernah dengar keluhan ni. “Pening kepala, pening!”. Mana tak pening, belum lagi terlepas rasa sakit kenaikan harga rokok sebelum ini, tiba-tiba diumumkan naik lagi harganya. Ramai yang akhirnya mula mencari alternatif lain seperti rokok elektronik dan rokok 'seludup' yang lebih murah.

Kalau difikirkan untuk kebaikan, memang baik berita ini kerana setidak-tidaknya ramai juga perokok tegar yang mula berfikir untuk berhenti atau pun mengurangkan kadar merokok seharian. Tetapi jika benar, apa kata kerajaan mengambil tindakan drastik untuk tidak mengimport beberapa jenama secara berkala hingga akhirnya tiada satu pun jenama dapat dihisap dan dihidu oleh kita.

Mengikut statistik, jumlah perokok di Malaysia dijangka meningkat kepada 3.8 juta orang dua tahun lagi dan lebih empat juta menjelang 2020. Perlu dimaklumkan, ada peningkatan kira-kira 10,000 kes kematian dalam kalangan perokok direkodkan setiap tahun dan angka ini akan semakin meningkat dari tahun ke tahun berikutnya.


BUNUH DIRI

Tahukah anda mengenai bahan bahaya dalam rokok seperti tar, nikotin dan karbon monoksida dalam sebatang rokok? Tar mengandungi bahan ‘benzopyrene’ iaitu sejenis ‘policyclic aromatic hydrocarbon’ (PAH) disahkan sebagai punca utama kanser.

Nikotin, sejenis najis dadah heroin, menjadi salah satu punca utama perokok merasa ketagih. Ia berisiko mengakibatkan serangan jantung dan strok. Karbon monoksida pula, sejenis gas beracun yang dikeluarkan ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalan oksigen ke tisu dan boleh mengakibatkan perokok terencat serta membawa maut sekiranya melebihi had dalam badan.

Itu soal kesihatan dan bahayanya merokok. Tapi kalau dibacakan mengenai kesemua keburukan merokok kepada si perokok tegar, memang masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja kerana apa yang penting adalah kepuasan. 

Rasanya alternatif pihak berkuasa untuk mengurangkan jumlah perokok dengan menaikkan harga adalah antara jalan terbaik. Sebelum ini pelbagai kempen dijalankan namun semuanya tidak berkesan. Tambahan pula, kempen tersebut seperti hanya membuang duit dan kurang kreatif serta kurang menimbulkan kesedaran dalam kalangan perokok tegar.


Tapi kalau ia berkaitan soal duit, memang akan terasa juga. Walaupun sukar untuk memaksa seseorang itu berhenti, mungkin dengan harga yang lebih mahal untuk mendapatkan sekotak rokok, mereka akan cuba mencari jalan untuk mengurangkan kadar merokok. 

Masalahnya terhadap isu merokok ini, ia bukan saja memudaratkan kesihatan perokok saja sebaliknya kesannya begitu serius kepada mereka yang menghidu asapnya. Mengikut sebuah kajian kesihatan pernah menyatakan yang mereka yang menghidu asap rokok daripada perokok lebih berisiko berbanding perokok itu sendiri. 

Kenaikan harga rokok. Adakah ia membuatkan seseorang itu berhenti merokok? 

Bagi seorang teman yang sememangnya perokok tegar, isu kenaikan harga rokok memang menjejaskan bajet bulanannya namun ia bukanlah alasan untuk dia berhenti merokok. 

“Kalau kira pengsan, memanglah sebab sehari sekarang saya perlu sediakan RM12 untuk rokok berbanding lima tahun dulu RM7 saja. Tapi sebab tiada cara lain lagi, jadi suka ataupun tidak terpaksa juga saya ketepikan duit. 

“Saya pernah cuba untuk berhenti rokok sebelum ini tapi memang tak menjadi. Saya jadi tak keruan dan sakit badan. Mungkin kerana sudah lebih 10 tahun merokok, ia sudah jadi tabiat wajib untuk sistem badan. 

“Justeru sekarang saya perlu berjimat dari segi makan ataupun hiburan peribadi seperti karaoke ataupun menonton wayang bagi memastikan RM400 sentiasa ada setiap bulan untuk rokok,” katanya. 

Itu baru seorang responden yang ­boleh dikatakan mewakili lebih tiga juta perokok lain di Malaysia.


Golongan wanita antara yang paling gembira menyambut berita kenaikan harga rokok ini kerana kebanyakan mereka memang terpaksa akur dengan sikap teman lelaki atau suami mereka yang tidak boleh b­erenggang daripada rokok. Kini, mereka boleh hidup tenang apabila rokok sudah mula menjadi barang kemahuan bukan keperluan dalam hidup orang tersayang.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...