Wednesday 16 October 2013

Posted by Unknown On Wednesday, October 16, 2013
Guru Bahasa Melayu dan Matematik ini sangat aktif ketika masih bergelar pendidik di sebuah sekolah rendah di Sungai Buloh, Selangor tiga tahun lalu. Namun, tanpa disangka amalan gaya hidup yang aktif itu bukan bermakna dia tidak diuji dengan penyakit kronik sehingga menduga kesabaran diri dan seisi keluarga.
“Ia berlaku sebulan sekali. Selepas mendapati air kencingnya mengandungi darah beku, saya segera membawanya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Saya anggap ia hanya masalah batu karang tetapi rupanya sangkaan itu jauh meleset. Apabila melakukan pemeriksaan, doktor mendapati buah pinggang isteri di sebelah kiri sudah membengkak,” katanya. 
Pada 2010 Zuhaily menjalani pembedahan untuk membuang buah pinggang yang rosak itu dan keadaannya mulai segar. Tetapi dua bulan kemudian, dia kembali lemah. Apabila keadaan Zuhaily menjadi terlalu lemah, sekali lagi Razak membawa Zuhaily berjumpa doktor untuk mengetahui masalah kesihatan yang ditanggung isteri kesayangannya.
Dugaan lebih berat dirasakan selepas doktor mengesahkan isterinya menghidapi masalah hati tidak berfungsi sehingga membabitkan pankreas. Ketika itu, kulit Zuhaily kelihatan kuning dan selepas mendapatkan rawatan, keadaan yang pucat kembali kemerah-merahan.
“Saya hairan apabila doktor menyarankan saya membawa isteri melakukan pemeriksaan otak pula. Namun, tidak disangka ia berasas. Selepas diimbas, doktor menemui ketulan bersaiz dua sentimeter pada otak isteri dan ia disahkan barah. Ketika itu, hanya ada dua pilihan sama ada lakukan pembedahan atau radioterapi. Kami memilih rawatan radioterapi. Paling menyedihkan apabila isteri saya koma selama lima bulan akibat ketumbuhan otak yang dialaminya,” kata Razak.
Kesan sampingan radioterapi menyebabkan Zuhaily tidak mampu mengunyah makanan, percakapan menjadi semakin perlahan, penglihatan kabur dan berat badan susut mendadak. 

Assalamualaikum semua.
Hari ni nak berkongsi laporan berita di atas.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya itu yang dapat diluahkan. Namun buat kita, ada pengajaran di sebaliknya yang boleh diambil dan diletakkan dalam ingatan selalu.

Kita yang sentiasa sihat sekarang tidak semestinya terlepas daripada serangan penyakit-penyakit kronik ini walaupun kita seorang yang aktif sekarang. Jika yang aktif pun tiada pengecualian, bagaimana pula dengan sebahagian dari masyarakat kita yang kurang atau tidak aktif dalam menjaga diri untuk meneruskan kehidupan ini.

Jangan kerana diri kita, akhirnya orang terdekat seperti suami dan anak-anak yang sepatutnya bahagia akhirnya terbeban kerana diri kita. Buatlah pencegahan awal dengan mengamalkan cara hidup sihat.

TIPS SIHAT & BAHAGIA


1- Jaga hubungan dengan Allah

Setinggi mana pun kita telah menggapai kejayaan dalam hidup atau serendah mana pun nilai kita di mata manusia, kita tetap hamba yang sama pada pandangan Allah taala. Yang membezakannya bukan harta benda, pangkat kedudukan, beradat dan bergelar, tetapi yang membezakannya adalah sesuatu yang terletak di sebalik hati sanubari manusia yang bernama iman.

Firman Allah,"Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah orang yang paling bertakwa".
Nabi SAW bersabda,"Ketahuilah dalam jasad setiap anak Adam terdapat segumpal darah. Apabila ia baik, nescaya baiklah tubuh badan seluruhnya. Sekiranya ia rosak, nescaya rosaklah tubuh badan seluruh. Ketahuilah, itunamanya hati".

Kita diukur dengan pandangan iman dan takwa masing-masing. Dengan ukuran itulah, agihan kebahagiaan dan kesihatan akan dibahagikan kepada kita. Walaupun ada juga yang diuji dengan pelbagai penyakit walaupun ia seorang yang kuat imannya dan ada pula si pengabai iman yang sentiasa segar bugar sepanjang hidupnya. 

Untuk golongan pertama seperti ini, sesungguhnya Allah telah sediakan nikmat yang lebih besar di akhirat nanti dan ditingkatkan kedudukannya di sisi Allah nanti. Ini dapat dilihat melalui kisah Nabi Ayub a.s. Bagi golongan kedua pula, sesungguhnya saat kematian dan setelahnya telah Allah rancangkan yang terburuk kepadanya sepertimana rencana Allah kepada Firaun, Namrud dan orang-orang seperti mereka.


2. Jaga hubungan sesama manusia

Sebaiknya jagalah semua orang di sekeliling kita dengan layanan terbaik sepertimana kita ingin dilayan sebagai seorang insan. Perhubungan sesama insan yang berlainan perangai, sifat dan pemikirannya tentulah sesuatu yang sulit. Namun, cubalah buat yang terbaik untuk menjaga hati dan perasaan mereka kerana apabila kita melihat orang lain bahagia kita juga akan bahagia. Jangan ditaruh sifat hasad, dengki, cemburu dan lain-lain sikap negatif terhadap orang lain yang akhirnya hanya merosakkan akal dan emosi sendiri. Kebahagiaan merupakan salah satu jalan untuk meningkatkan kesihatan kita. Jangan lupa konsep tu ye.
Sabda Nabi SAW,"Tidak sempurna iman seseorang melainkan ia kasih akan saudaranya sepertimana ia kasih dirinya sendiri"
3. Jaga perut

Para ulama mengatakan bahawa "Perut adalah punca segala penyakit". Oleh itu, perhatilah setiap makanan dan minuman yang akan dimasukkan dalam perut kita. Sebaiknya elakkan makanan-makanan yang memudharatkan dan membahayakan diri sendiri. Cuba sedaya upaya untuk tidak mengambil makanan yang terlalu banyak gula, minuman berkarbonat, makanan ringan, makanan segera dan sebagainya.
Firman Allah SWT,"Makan dan minumlah tetapi jangan membazir"
Ulama menafsirkan 'pembaziran' juga termasuklah mengambil makanan dan minuman yang memudharatkan kerana mereka membazirkan kesihatan dan harta benda untuk memulihkannya pada masa hadapan. Sengaja saya tuliskan tafsiran ulama ini kerana ramai di kalangan kita yang menganggap bahawa pembaziran hanyalah perbelanjaan atau pengambilan yang melampaui had sahaja sedangkan istilah pembaziran di dalam Islam mencangkupi sudut yang lebih besar dan mendalam.

Sekian dahulu untuk hari ni. Semoga menjadi panduan untuk sesiapa yang ingin sihat dan bahagia.

Mohd Taufiq 
Pakat Kesihatan & Kejayaan Shaklee 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...